Monday, August 1, 2016

Rezeki dan Barakah

Artikel ini saya dapat dari Fb page Bahagian Dakwah JAKIM.

Berkenaan rezeki dan barakah rezeki kita tu. Agak panjang tetapi sangat bagus dibaca. Semoga bermanfaat untuk semua.
________________________________________________________________________________

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja
Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.
"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"
Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.
Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.
Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.
Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.
Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.
Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.
Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.
Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.
Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.
Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.
Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."
Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:
Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.
Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.
Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.
Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.
Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.
Jadi Rezeki memang ditakdirkan...
Tetapi ..
BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.
Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.
Moral dari kisah ini
- Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang.
- Bersyukur walaupun sedikit.
- Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan.
- Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
- Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang.
- Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum.
- Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.

Free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
 
Hubungi saya: 




Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564) 

0137075966 (Whatsapp dan Telegram)
email : arinie.ghazali@gmail.com 


 COD Johor Bahru--- Bandar Baru Uda

Monday, February 1, 2016

Ms Helen Lam dilantik sebagai President Shaklee Malaysia

Assalamualaikum semua

Harap semua sihat & sentiasa dirahmati Allah. Hari ini saya nak berkongsi satu berita menarik yang dah diumumkan oleh Mr. Roger Barnett iaitu Shaklee Chairman & CEO



Mr Roger Barnett dah umumkan yang Shaklee Malaysia ada President baru iaitu Miss Helen Lam

Yang menariknya Ms Helen ni ada banyak pengalaman dalam industri MLM. Sebelum ni Ms Helen dah berkhidmat selama 20 tahun kat Amway

Saya yakin dan optimis Shaklee Malaysia akan kembali kebaboommmm macam beberapa tahun lepas di bawah kepimpinan Ms Helen

Jom sertai saya sebagai Shaklee Independent Distributor

Kalau nak dapatkan prroduk Shaklee pun anda boleh contact saya

Jom sihat bersama Shaklee


Free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
 
Hubungi saya: 




Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564) 

0137075966 (Whatsapp dan Telegram)
email : arinie.ghazali@gmail.com 


 COD Johor Bahru---Taman Suria, Taman Sentosa, Taman Pelangi, Taman Sri Tebrau, Larkin, Kampung Melayu Majidee, Jusco Tebrau, Angsana Bandar Baru Uda

Wednesday, September 2, 2015

8 RAHSIA KEJAYAAN TAN SRI TONY FERNADES

Pada entri yang lepas saya ada kongsikan suatu temubual dengan Tony Fernandes berkenaan sejarah awal penubuhan Air Asia



Anda boleh klik sini  Sejarah Awal Bagaimana Air Asia Bermula Oleh Tan Sri Tony Fernandes

Kali ini saya nak kongsikan dengan anda 8 rahsia kejayaan Tan Sri Tony Fernandes dalam membangunkan Air Asia yang peringkat awalnya sebuah syarikat yang ada hutang sebanyak RM 40 juta sehingga menjadi sebuah syarikat yang bernilai ratusan jutaan dollar sekarang ni

  • PERCAYA DENGAN IMPIAN SENDIRI


Asas pertama dalam sesuatu kejayaan sudah tentulah dengan mempunyai KEPERCAYAAN. Seperti Tan Sri Tony Fernandes ni, dari kecil beliau sentiasa terfikir alangkah bagusnya jika ada syarikat tambang murah yang boleh bagi manfaat pada ramai orang. Beliau membesar dengan kepercayaan itu dan akhirnya membentuk keyakinan beliau untuk berimpian mencapainya
  • BERKAWAN DENGAN KAWAN-KAWAN YANG MEMPERCAYAI IMPIAN KITA
Yang ni kita boleh tengok hubungan antara Tan Sri Tony dan Kamarudin bin Meranun (sekarang Datuk) . Tan Sri Tony ada bagitau yang Datuk Kamarudin adalah insan pertama yang tidak mentertawakan beliau apabila beliau menyatakan bahawa impian beliau ingin membuka sebuah syarikat penerbangan.

Dalam menggapai impian, memang akan ada sentiasa insan-insan yang akan memperlekehkan impian kita. Abaikan mereka semua, tinggalkan mereka.

Kita hanya perlu mempercayai impian kita dan sudah pasti akan ada insan-insan yang yakin pada impian kita. Mereka mungkin ibu ayah kita, ahli keluarga atau rakan-rakan kita. Teruskan hubungan rapat kita dengan insan-insan ini yang pastikan boleh memberi sokongan pada kita

Datuk Kamarudin Meranun sekarang ni adalah Non-Independent Executive Chairman and Chairman of Employees Share Option Scheme Committee,AirAsia Berhad

Boleh rujuk profile beliau di sini

Menurut Forbes pula, beliau sekarang ni merupakan individu ke 31 terkaya di Malaysia dengan kekayaan mencecah $ 540 million. Kaya woooo. 

Datuk Kamarudin Meranun
  • MEMPUNYAI HUBUNGAN BAIK DENGAN ORANG YANG MAMPU MEMAJUKAN PERNIAGAAN 
Dalam temubual ini , memang kita boleh tengok dengan jelas hubungan baik Tan Sri Tony dengan perlbagai pihak sangatttt membantu beliau membina semula Air Asia
  • THE ART OF NEGOTIATION (BIJAK BERURUS NIAGA)
Ini salah satu poin yang sangat menarik bagi saya, kita boleh tengok cara Tan Sri Tony ketika pertama kali bertemu Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk membincangkan proposal beliau untuk menubuhkan syarikat penerbangan.

Tan Sri Tony bukannya terus berbincang tentang APA YANG BELIAU NAK, tetapi beliau mulakan dengan sesuatu yang Tun Dr Mahathir suka iaitu CD lagu Tan Sri S.M.Salim
  • SANGAT BERSUNGGUH-SUNGGUH MENGGAPAI IMPIAN
Poin yang ini memang tiada sesiapa pun boleh menafikan. Tun Dr Mahathir pun ada sebut perkara ini. Walaupun banyak halangan, sudah tentu dalam hidup, dalam dunia bisnes memang banyak cabaran. Tapi adakah Tan Sri Tony mengalah dan melupakan impian beliau untuk menubuhkan syarikat penerbangan?? Sudah tentu TIDAKKKK 
  • SANGGUP MELABUR DAN BERKORBAN DEMI MENGGAPAI KEJAYAAN
Dengan jelas dalam temubual tu Tan Sri Tony ada bagitau yang beliau dan Kamarudin sanggup mengcagarkan rumah masing-masing pada pihak bank untuk mendapatkan modal. Bisnes syarikat penerbangan ini bukan industri yang murah, itu antara pengorbanan yang mereka lakukan

Kita semua tidak semestinya mencagarkan rumah sendiri untuk berjaya dalam bisnes tapi yang pasti kita semua MESTI BERKORBAN dan MELABUR untuk berjaya dalam bisnes.

BERKORBAN MASA dan TENAGA untuk berjay

  • MENJALANKAN PERNIAGAAN YANG MENDATANGKAN MANFAAT PADA RAMAI ORANG
Sesuai dengan taglinenya, 'Now everyone can fly", Air Asia telah berjaya membantu begitu ramai orang untuk terbang ke seluruh dunia dengan harga yang murah

  • MEMBINA JENAMA PERNIAGAAN SENDIRI
Strategi yang sangat baik dilakukan oleh Tan Sri Fernandes dengan bekerjasama dengan pelbagai syarikat lain untuk membina jenama dan memastikan perkhidmatan Air Asia dapat dikenalikan oleh ramai pelanggan

Itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua

Tuesday, September 1, 2015

Sejarah Awal Bagaimana Air Asia Bermula oleh Tan Sri Tony Fernandes


Kisah ini sangat memberikan inspirasi pada saya. Sangat best untuk dibaca. Semoga bermanfaat untuk semua.

Dicedok dari Facebook Sukan Star TV
_________________________________________________________________________________

SEJARAH AWAL BAGAIMANA AIRASIA BERMULA

Temuramah dengan Tan Sri Tony Fernandes (Gambar adalah pejabat Tony Fernandes di LCCT, ada satu pintu yang membolehkan anda naik ke atas, di antara barisan kedai-kedai, ada lif, tingkat 1) .



SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?

Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.

Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.

Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.

Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.

KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?

Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).

Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.

Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.

Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.

Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.

Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.

Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.

Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.

Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.

Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.

Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.

Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.

Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)

Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah

Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.

Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.

Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah

Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.

Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.

Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.

Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)

Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha

Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.

Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.

Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.

Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.

PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.

PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”

Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.

Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.

Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”

Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.

(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)

Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.

Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.

DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.

Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.

(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.

Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.

Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.

Kalau kamu lihat Pengurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.

Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.

LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIRASIA?

Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.

Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.

Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.

BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIRASIA?

Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.

MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.

Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia.

Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.

Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.

Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan…

Tony Fernandes bersama Sir Richard Branson, pemilik Virgin Air



_____________________________________________________________________________________________

HABISSS sudah temubualnya....

InsyaAllah next entri saya akan kongsikan faktor-faktor kejayaan Tan Sri Tony Fernandes dari sudut pandangan saya.

Iyolah....kisah ni sangat memberi inspirasi untuk kita jadi lebih berjaya. Betul kannnn. Smile...

oppsss.... Kalau berminat nak tau & order produk Shaklee boleh whatsapp saya okeh 

Arinie Ghazali 0137075966

Assalamualaikum sehingga berjumpa lagi

Wednesday, April 9, 2014

Manfaat Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT

Bulan ni April 2014 adalah bulan Ostematrix. Jadi kali ni saya nak berkongsi kebaikan Ostematrix Shaklee:

  1. Menguatkan tulang
  • Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, dan sistem saraf. Kalsium juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa) kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
 2.  Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis
 3. Meringankan stress
  •  Ostematrix mampu mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga mengurangkan tekanan, mood swing, mengelakkan sakit kepala dan pitam.
4. Memperbaiki masalah haid
  • Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil
5. Pengalkalian tubuh
  • Kalsium adalah mineral alkalin dan berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Juga boleh menghalang obesiti di waktu umur tua. Kalsium juga membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit perut.

7. Mengandungi Vitamin D
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal. Vegeterian, individu berumur melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen Vitamin D.
8. Mengandungi magnesium
  • Magnesium adalah ion positif no 2 penting dalam tubuh manusia. Menggalakkn komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung. Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ia juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos
Ostemarix juga amat bagus untuk ibu-ibu mengandung untuk mengelakkan PREEKLAMPSI. Boleh baca entri saya Kepentingan Kalsium Pada Ibu-Ibu Mengandung 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  
 
 
Free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
 

Hubungi saya: 
 


Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564)  0137075966 (call, sms, whatsapp, wechat, telegram)
email : arinie.ghazali@gmail.com 
COD Musim Persekolahan : Johor Bahru---Taman Suria, Taman Sentosa, Taman Pelangi, Taman Sri Tebrau, Larkin, Kampung Melayu Majidee, Jusco Tebrau, Angsana Bandar Baru Uda.
 
COD Musim Cuti Sekolah : Kota Bharu,Tumpat, Kok Lanas, Ketereh, Mulong, Tunjong, Wakaf Bharu, Selising (Pasir Puteh)

Monday, April 7, 2014

Kepentingan kalsium pada ibu mengandung

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.

Entri kali ni saya akan berkongsi 2 sebab kenapa KALSIUM sangat penting untuk ibu-ibu mengandung.

(1) Kalsium penting untuk kesihatan dan perlindungan tulang ibu

Apabila tulang fetus makin membesar, ia memerlukan banyak kalsium. Jadi fetus akan mendapatkan vitamin dan nutrien daripada ibu terutamanya ketika trimester ketiga. Jika ibu tidak cukup kalsium maka boleh beri kesan yang buruk pada kesihatan ibu. Antara kesannya:
  •  Ibu akan rasa lenguh-lenguh badan, sakit tulang punggung, sakit belakang, sakit pinggang, gusi berdarah, sakit gigi, kejang kaki yang serius, sukar nenyak bila tidur malam, sakit lutut.
 

(2) Mengelakkan preeclampsia

Pre-eclampsia ialah penyakit yang boleh menyebabkan eclampsia iaitu sejenis penyakit darah tinggi yang serius. Pre-eclampsia boleh menyebabkan ibu mengandung mendapat tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam urin. 

Pre-eclampsia ni boleh mendatangkan kesan yang sangat buruk untuk bayi yang dikandung oleh ibu:
  • Pre-eclampsia mengurangkan aliran darah ke fetus dan menyebabkan bayi yang dilahirkan kurang berat badan

  • Plasenta menjadi tidak normal dan tertanggal dari dinding rahim terlalu awal

  • Bayi juga berrisiko dilahirkan pramatang atau mati dalam kandungan.


Kesan kekurangan kalsium pada ibu-ibu mengandung ni sangat bahaya, betulkan. Sebab tu masa pregnant, ibu-ibu diingatkan supaya sentiasa minum susu. Tapi kalau tak boleh telan susu, nak buat camne?

Saya cadangkan anda sebagai ibu-iibu mengandung yang sukar untuk minum susu masa mengandung agar mengambil pil OSTEMATRIX SHAKLEE. Ostematrix ni bukan sekadar kalsium.

Manfaat utama OSTEMATRIX:


  1. Menguatkan tulang
  2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  3. Memperbaiki masalah haid
  4. Pengalkalian tubuh
  5. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
Sumber info. Terima kasih:
  1. Healthline 
  2. Portal Kehamilan Malaysia 
  3. Preeclampsia Foundation
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  
Free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
 

Hubungi saya: 
 



Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564)  0137075966 (call, sms, whatsapp, wechat, telegram)
email : arinie.ghazali@gmail.com 
COD Musim Persekolahan : Johor Bahru---Taman Suria, Taman Sentosa, Taman Pelangi, Taman Sri Tebrau, Larkin, Kampung Melayu Majidee, Jusco Tebrau, Angsana Bandar Baru Uda.
 
COD Musim Cuti Sekolah : Kota Bharu,Tumpat, Kok Lanas, Ketereh, Mulong, Tunjong, Wakaf Bharu, Selising (Pasir Puteh)

Sunday, March 16, 2014

Tanda-tanda, Cara Rawatan dan Cara Mencegah Demam Denggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.

Entri kali ni saya nak berkongsi maklumat tentang demam denggi. Asyik-asyik pasal Shaklee je kan. heheh. Jadi kali ni citer pasal demam denggi.

Kenapa saya pilih topik demam denggi? Sebabnya 2 minggu lepas saya demam. Sampai terpaksa amik MC. Masa demam tu macam-macam timbul dalam fikiran saya. Takutnya kalau betul-betul demam denggi. Lagi-lagi lah sekarang ni memang musim denggi. Nauzubillah. Mintak dijauhkan. 

Jadi saya ada mencari maklumat berkenaan demam denggi. Diharap perkongsian ini akan memberi manfaat pada semua.

APA ITU DEMAM DENGGI?


Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

APA TANDA-TANDA DEMAM DENGGI?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi 3 peringkat iaitu demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

APAKAH SIMPTOM DEMAM DENGGI ?
  • Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan berserta dengan kemunculan ruam.
  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi. 
 
Ruam di badan adalah antara tanda demam denggi

  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
  • Kadar kematian amat rendah.
  • Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
  • Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)
Sindrom Renjatan Denggi 

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. 

Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

  • Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.
  • Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa.  
  • Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.
DENGGI PADA KANAK-KANAK

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
RAWATAN UNTUK PESAKIT DENGGI
  • Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
  • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
  • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. 
  •  Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan.

  • Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
  • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan. 
CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI


Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Info dalam entri saya kali ni saya ambil sedikit sebanyak dari dua website kesihatan agensi kerajaan iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia 

Seperti yang dah diberitahu dalam entri saya tadi, demam denggi ni memang tiada ubat. Kalau pergi hospital, pihak hospital akan masukkan cecair dalam badan pesakit untuk menggantikan bendalir yang hilang

Masa saya demam itu hari pun, walaupun bukan demam denggi, saya pun minum banyak air. Pilihan saya ialah air kosong & air Performance Drink Shaklee. Ada jugak diselit pasal Shaklee ye... hehe. Shaklee dah jadi part of my life. Mesti lah Shaklee ada di mana-mana. hehehe.
 
Performance Drink Shaklee

Insyaallah pada entri seterusnya saya akan berkongsi kebaikan Performance Drink Shaklee pulak.

Semoga perkongsian saya berkenaan demam denggi ini dapat memberi manfaat kepada semua

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

 
Free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
 
Hubungi saya: 
 


 
Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564)  

0137075966 (call, sms, whatsapp, wechat, telegram)
email : arinie.ghazali@gmail.com 
 

COD Musim Persekolahan : Johor Bahru---Taman Suria, Taman Sentosa, Taman Pelangi, Taman Sri Tebrau, Larkin, Kampung Melayu Majidee, Jusco Tebrau, Angsana Bandar Baru Uda.
 
COD Musim Cuti Sekolah : Kota Bharu,Tumpat, Kok Lanas, Ketereh, Mulong, Tunjong, Wakaf Bharu, Selising (Pasir Puteh)