Sunday, March 16, 2014

Tanda-tanda, Cara Rawatan dan Cara Mencegah Demam Denggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.

Entri kali ni saya nak berkongsi maklumat tentang demam denggi. Asyik-asyik pasal Shaklee je kan. heheh. Jadi kali ni citer pasal demam denggi.

Kenapa saya pilih topik demam denggi? Sebabnya 2 minggu lepas saya demam. Sampai terpaksa amik MC. Masa demam tu macam-macam timbul dalam fikiran saya. Takutnya kalau betul-betul demam denggi. Lagi-lagi lah sekarang ni memang musim denggi. Nauzubillah. Mintak dijauhkan. 

Jadi saya ada mencari maklumat berkenaan demam denggi. Diharap perkongsian ini akan memberi manfaat pada semua.

APA ITU DEMAM DENGGI?


Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

APA TANDA-TANDA DEMAM DENGGI?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi 3 peringkat iaitu demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.


APAKAH SIMPTOM DEMAM DENGGI ?

  • Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan berserta dengan kemunculan ruam.

  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi. 
 
Ruam di badan adalah antara tanda demam denggi


  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

  • Kadar kematian amat rendah.

  • Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.

  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.

  • Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.

  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi 


Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. 

Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:


  • Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.
  • Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa.  
  • Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.
DENGGI PADA KANAK-KANAK

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
RAWATAN UNTUK PESAKIT DENGGI
  • Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

  • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.

  • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. 
  •  Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan.
  • Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
  • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan
CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI


Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
 
Elakkan gigitan nyamuk dengan:

  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Info dalam entri saya kali ni saya ambil sedikit sebanyak dari dua website kesihatan agensi kerajaan iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia 

Seperti yang dah diberitahu dalam entri saya tadi, demam denggi ni memang tiada ubat. Kalau pergi hospital, pihak hospital akan masukkan cecair dalam badan pesakit untuk menggantikan bendalir yang hilang

Masa saya demam itu hari pun, walaupun bukan demam denggi, saya pun minum banyak air. Pilihan saya ialah air kosong & air Performance Drink Shaklee. Ada jugak diselit pasal Shaklee ye... hehe. Shaklee dah jadi part of my life. Mesti lah Shaklee ada di mana-mana. hehehe.

 
Performance Drink Shaklee

Insyaallah pada entri seterusnya saya akan berkongsi kebaikan Performance Drink Shaklee pulak.

Semoga perkongsian saya berkenaan demam denggi ini dapat memberi manfaat kepada semua

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  




 
Free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
 
Hubungi saya: 
 



 
Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564)  

0137075966 (call, sms, whatsapp, wechat, telegram)
email : arinie.ghazali@gmail.com 
 

COD-Bandar Baru Uda (JB)
Continue Reading

Tuesday, March 11, 2014

21 Cara Bancuhan ESP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.

Sekarang isu yang paling hangat adalah kehilangan kapal terbang MH370 milik Malaysia Airlines System (MAS). Hilang ghaib tanpa dapat dikesan. Subhanallah. Allah tu sangat berkuasa. Sama-sama kita berdoa ke hadrat Ilahi semoga pesawat MH370 bersama-sama penumpang & krew akan dijumpai dengan selamat. Tiada yang mustahil dengan kekuasaan Allah

Okey, berbalik pada topik yang hot juga sekarang ni di Shaklee iaitu promosi BUY 6 FREE 1 ESP. Woootwooot. Sangat best kan. Dapat percuma ESP, lepas tu percuma keahlian Shaklee seumur hidup lak tu. Jom grab peluang keemasan ni. Bulan ini sahaja.



Hari ni saya nak berkongsi camne cara nak bancuh ESP. ESP ni kalau kena caranya senang je nak telan. Sekali minum pasti nak lagi

Cara-caranya ialah.....

1. ESP + air kosong (air suam/sejuk saja okeh)

2. ESP + Mealshakes + air kosong 
( ni cara saya minum setiap hari. sangat sedap okehh. sebabnya Mealshakes tu rasa vanilla. Saya campur dengan air  sejukk. Memang rasa nyaman je tekak ni)

3. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung) 

4. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP

5. ESP + SusuAnmum 

6. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee 

7. ESP + Nesvita 3in1 

8. ESP + jus twister tropicana 

9. ESP + Ribena 

10. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga) 

11. ESP + Milo/Horlicks 

12. ESP + sirap bandung 

13. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) 

14. ESP + KOKO + OAT 

15. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL  

16. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend) 

17. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk 

18. ESP + meal shakes + MILO 

19. ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais) 

20. ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung 

21. ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) 

Dan ini pula resipi smoothies
Bahan2:
  • Segelas fresh milk
  • 1-2sudu besar natural plain yogurt
  • fresh fruits (boleh guna... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
  • Suplemen (boleh add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha)
  • 1 sudu kecik madu
  • Serbuk koko (optional)
Cara2 : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. minummmm

okey.... itu dia 21 cara bancuhan ESP. Semua variasi resepi ni dikongsikan oleh pengguna tegar ESP. Saya ceduk dari secret group FB; Shaklee Golden Loudge. Camne nak join group tu? Group tu ekslusif untuk pelanggan & pengedar rangkaian kumpulan Jutawan Shaklee sahaja. Anda jadi customers atau dowlines saya, Insyaallah saya akan add anda ke group yang sangat ekslusif tu. Banyak tips tentang produk Shaklee tau. Rugi tau kalau tak join =)

Sekian untuk hari ni. Sehingga jumpa lagi. Insyaallah....tadaaa

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  
Free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
Hubungi saya: 
 

 
Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564) 
0137075966 (call, sms, whatsapp, wechat, telegram)
email : arinie.ghazali@gmail.com 

COD Musim Persekolahan : Johor Bahru---Taman Suria, Taman Sentosa, Taman Pelangi, Taman Sri Tebrau, Larkin, Kampung Melayu Majidee, Jusco Tebrau, Angsana Bandar Baru Uda.
 

COD Musim Cuti Sekolah : Kota Bharu,Tumpat, Kok Lanas, Ketereh, Mulong, Tunjong, Wakaf Bharu, Selising (Pasir Puteh)
Continue Reading

Sunday, March 9, 2014

Testimoni Hebat Ibu Menyusukan Anak Menggunakan Produk Shaklee

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua =)

Pada kali ini saya nak berkongsi beberapa testimoni ibu-ibu yang menyusukan anak yang menggunakan produk Shaklee. Alhamdulillah produk Shaklee amat membantu mereka semua. Membantu camne? Teruskan membaca entri ini ye. =)

Testimoni 1: Saya sendiri, Arinie Ghazali

Saya sendiri merupakan ibu yang menyusukan anak-anak saya. Anak sulung saya Hariz lahir pada hujung tahun 2010. Saya sempat menyusukan Hariz sampai dia berumur 5 bulan lebih sahaja. Susu kering dengan sendiri masa Hariz umur 5bln lebih. Masa tu ilmu penyusuan masih tiada & saya pun belum kenal Shaklee

Anak kedua saya, Hazim pula lahir pada awal tahun 2012. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih menyusukan Hazim. Susu pun masih banyak.
Hariz & Hazim
Dari awal menyusukan Hazim sampai sekarang, saya mengambil suplemen Shaklee untuk penyusuan susu ibu. Alhamdulillah badan saya sentiasa rasa bertenaga, minda saya sentiasa tenang & susu pun banyak. Ini dia suplemen menyusu yang saya amalkan
Breastfeeding Set Shaklee- ESP, Vitalea, Vita C, B Complex, Alfalfa, Ostematrix

Testimoni Kedua : Puan Jacky Bass

Secara ringkas saya boleh simpulkan perkongsian Puan Jacky Bass selepas menggunakan Vitalea, B Complex, Vita C, Alfalfa dan ESP:

1) Susu makin pekat
2) Hasil perahan meningkat dari 2oz ke 8-10oz
3) Baby kenyang lebih lama.
4) Baju basah lencun sekiranya tidak bangun mengepam pada waktu malam.
5) Dulu kulit baby sensitif & ada biji merah, sekarang makin licin & lembut

Anda boleh baca testimoni penuh di bawah ini.

" Salam semua, saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan set  breastfeeding Vitalea, Bcomplex, Vita C, Alfalfa dan ESP selama 2 bulan. Mula-mula saya perasan susu saya menjadi semakin pekat. Kawan-kawan yang tengok hasil pam saya pun cakap susu saya dah macam susu formula. Kemudian hasil pam saya meningkat dari hari ke hari. Dulu nak dapat 2oz pun susah, sekarang sekali pam saya boleh dapat 8-10oz.

Saya cuma pam bila kat ofis, bila dengan baby saya akan direct feeding je. Setiap malam baby akan bangun menyusu 2 kali. Bezanya sekarang, lepas 5 minit minum, baby dah tertidur kekenyangan, maybe sebab susu saya dah pekat kot. Tapi cik b saya dah penuh dan saya dah malas nak bangun pam malam-malam, sudahnya habis basah lengan baju baby sebab susu dah melimpah keluar. Kesian baby.

Dulu kulit baby sangat sensitif, senang naik butir-butir merah yang sangat banyak dan gatal kat muka baby. Kesian sangat. Sekarang kulit baby dah licin dan lembut je.

Happy dengan perubahan positif ni. Kini saya dah tak bimbang lagi walaupun baby dah 4 bulan dan demand susu Elea semakin meningkat. Alhamdulillah & TQ to Shaklee"



Testimoni 3: Puan Zura Betty

Secara ringkas saya boleh simpulkan perkongsian Puan Zura Betty selepas menggunakan Alfalfa, Zinc, Shaklee Collagen Powder dan ESP.

1) Baju dan katil basah lencun dengan susu ibu pada waktu malam
2) Baby dah berumur 1 tahun 3 bulan tapi susu masih melimpah ruah

Anda boleh baca testimoni penuh di bawah ini. 

" Cerita kelakar di malam hari. Dengan mamai-mamai Encik Suami kejut. "eh, U ter'pee-pee' ke? Nape basah katil ni?" Saya dengan confuse pun macam terkejut. 'Ishh, mana ada'. Bila check, rupa-rupanya susu melimpah ruah. Terkejut jugak. Malam tu sebelum sebelum tidur, telan Alfalfa, Zinc. Sebelum tu ada amik Collagen dan ESP. Walla.... baby dah setahun 3 bulan pun susu masih melimpah ruah. Alhamdulillah"



 Memang terbukti produk SHAKLEE ni bagus untuk kesihatan ibu menyusu dan baby jugakkan. Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat dan produk Shaklee


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  
Free consultation, Best  Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 

Hubungi saya: 


Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564) 
0137075966 (call, sms, whatsapp, wechat, telegram)
arinie.ghazali@gmail.com 

COD Musim Persekolahan : Johor Bahru---Taman Suria, Taman Sentosa, Taman Pelangi, Taman Sri Tebrau, Larkin, Kampung Melayu Majidee, Jusco Tebrau, Angsana Bandar Baru Uda.
 
COD Musim Cuti Sekolah : Kota Bharu,Tumpat, Kok Lanas, Ketereh, Mulong, Tunjong, Wakaf Bharu, Selising (Pasir Puteh)
Continue Reading

Saturday, March 8, 2014

Manfaat dan Kebaikan Utama Energizing Soy Protein (ESP)


Assalamualakum & selamat sejahtera. Semua kita semua sentiasa diberkati Allah.


Bulan ni Mac 2014, promosi istimewa dari Shaklee ialah Beli 6 Percuma 1 Energizing Soy Protein (ESP). Sangat  best okehh. Kenapa?? Sebabnya bila anda beli 6 canister ESP anda akan dapat:


1) PERCUMA 1 canister ESP bernilai RM 150


2) PERCUMA keahlian SHAKLEE bernilai RM65


3) bulan depan boleh dapat cashback (bonus Shaklee) yang akan dimasukkan terus ke akaun Maybank anda.


Jom rebut peluang yang sangat hebat. Mendaftar dengan saya untuk dapat akses ke group Jutawan yang sangat hebatt okeh




Hari ini saya nak berkongsi apakah manfaat UTAMA Energizing Soy Protein (ESP) yang sangat ‘hot’. Kenapa ESP sentiasa menjadi produk terlaris Shaklee??


Manfaat UTAMA ESP:


(1) ESP boleh diminum oleh sesiapa sahaja sama ada lelaki, wanita, tua atau muda. Cuma jangan bagi untuk bayi umur 1 tahun ke bawah ye. Baby mestilah kena minum susu ibu. Betul kan…. =)


(2) ESP untuk awet muda.


Dalam entri saya sebelum ni,  saya ada berkongsi tentang kepentingan asid amino. Anda boleh baca klik sini. Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut,darah, organ, kulit dan lain-lain bahagian badan. Pengambilan ESP 3 kali sehari secara konsisten adalah kunci kepada awet muda.


3)ESP baik untuk hormon.


Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang berfungsi sama seperti hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.


4) ESP baik untuk untuk prostat


Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti mampu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. 

Genistein boleh memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum radikal bebas  menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Genistein juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovary, menopous dan pembesaran prostat.


Apa itu prostat?


PROSTAT adalah kelenjar yang terletak di pangkal pundi kencing golongan lelaki dan mengelilingi salur kencing yang juga dikenali sebagai urethra. Saiznya sebesar kacang walnut dan berfungsi menghasilkan cecair yang beralkali untuk air mani.

Sistem pembiakan lelaki


Apa terjadi jika prostat tidak sihat?

· 
  •  Kalenjar prostat membesar
  •  Pesakit mengalami kesukaran membuang air kecil

  • Aliran kencing kurang baik

  • Kerap membuang air kecil

  • Air kencing menitik dari kemaluan selepas membuang air

  • Pesakit perlu bangun dari tidur untuk membuang air kecil

  • Pembentukan batu karang
  • Kanser prostat

Keratan akhbar


(5) ESP mengembalikan keremajaan kulit


ESP merangsang semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.



Boleh klik sini untuk baca testimoni jerawat & jeragat hilang dengan ESP



(6) ESP sebagai pembekal tenaga


Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun. Baik untuk kekal bertenaga, mencegah migraine, insomnia dan tekanan.



Bab membekalkan tenaga dengan segera ni saya memang bersetuju sangat. Pengalaman saya sebagai ibu berkerjaya, menyusukan anak dan tiada pembantu rumah. Bila minum ESP memang rasa kurang rasa lapar dan tiada penat-penat. Memang best sangat



(7) ESP membaiki pigmentasi


Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.



(8) ESP membaiki memori.



ESP boleh meningkatkan kualiti memori, vitality (iaitu keadaaan badan yang kuat, aktif dan bertenaga) dorongan seksual dan rangsangan.



Itu dia lapan manfaat utama ESP . ESP ni sangat bagus kan…. Semoga perkongsian saya ni bermanfaat untuk anda semua.

Insyaalllah pada entri yang lain saya akan kupas dengan lebih mendalam kebaikan ESP terutamanya untuk ibu-ibu mengandung, berpantang dan menyusu.



Tata….sehingga berjumpa lagi. =) Jika ada sebarang pertanyaan pasal ESP atau produk SHAKLEE yang lain, boleh contact saya ye. Konsultasi percuma, Insyaallah.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Free consultation, Best  Price & Great Business Opportunities With Shaklee

Hubungi saya: 


Arinie Ghazali 
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564) 
0137075966 (call, sms, whatsapp, wechat, telegram)
arinie.ghazali@gmail.com 

COD Musim Persekolahan : Johor Bahru---Taman Suria, Taman Sentosa, Taman Pelangi, Taman Sri Tebrau, Larkin, Kampung Melayu Majidee, Jusco Tebrau, Angsana Bandar Baru Uda.

COD Musim Cuti Sekolah : Kota Bharu, Tumpat, Kok Lanas, Ketereh, Mulong, Tunjong, Wakaf Bharu, Selising (Pasir Puteh) 




Continue Reading