Thursday, September 14, 2017

33 TAHUN DIPINJAMKAN NYAWA OLEH ALLAH



Alhamdulillah. Hari ni 14 September 2017 usia saya genap 33 tahun. Syukur pada Allah.

Pada tarikh ini saya bersyukur kerana Allah masih pinjamkan nikmat Islam pada saya. 

"Janganlah Kau tarik balik nikmat Islam yang telah Kau kurniakan padaku Ya Allah. Sebagai mana aku dilahirkan sebagai seorang Islam, kekalkan keIslaman ku hingga lah ke akhir hayat ku Ya Allah. Panjangkanlah umurku, murahkan rezekiku, berkati & rahmatiku Ya Allah"

Saya juga amat bersyukur dikurniakan Allah dengan suami yang penyayang, 3 orang anak yang soleh, ibu & abah saya yang pengasih serta ahli keluarga dan rakan-rakan yang baik. Semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai mereka semua.

Juga saya amat bersyukur kerana mempunyai kerja hakiki di saat kegawatan ekonomi sekarang. Semoga saya akan sentiasa ikhlas mendidik anak bangsa.

Saya juga amat bersyukur menjadi sebahagian keluarga besar SHAKLEE MALAYSIA, kumpulan S2UFAMILIES, kumpulan MAESTRO SHAKLEE dan team saya sendiri iaitu SUPREME MILLIONAIRE EMPIRE (SME)

Satu circle yang sangat positif, Islamik dan saling menyokong antara satu sama lain

Impian saya diusia 33 tahun ialah saya mahu menjadi Working-At-Home-Mom dalam masa setahun nanti

Permudahkan & tunaikan Ya Allah

Terima kasih pada semua yang telah bagi ucapan hari lahir pada saya. Love u all =)


0 comments:

Post a Comment